Isnin, 5 Oktober 2015

FAKTOR DAN PUNCA BERLAKUNYA LUMBA HARAM DI MALAYSIA

Hasil carian imej untuk lumba haram
 
                Hasil carian imej untuk lumba haram

Hasil carian imej untuk lumba haram               


Lumba haram merupakan satu aktiviti perlumbaan yang diadakan di atas jalan raya tanpa kebenaran daripada pihak berkuasa. Kegiatan lumba haram sering dikaitkan dengan motosikal dan kereta, kebiasaannya lumba haram dijalankan di waktu tengah malam terutamanya dimalam-malam minggu. Kegiatan ini kebiasaanya berlaku di bandar-bandar besar seperti di ibu kota. Golongan remaja dan belia merupakan golongan yang sering dikaitkan dengan kegiatan lumba haram ini. 

Kegiatan lumba haram ini banyak menyusahkan pengguna jalan raya yang lain. hal ini kerana, individu atau kelompok pelumba yang terlibat dalam aktiviti ini bersikap mementingkan diri sendiri kerana mereka tidak mempedulikan keselamatan pengguna yang lain. Selain itu, mereka juga tidak menghargai nyawa yang telah dikurniakan kepada mereka. Pengaruh alkohol dan dadah juga sering dikaitkan dengan golongan pelumba haram ini. 


Statistik kemalangan di Malaysia menunjukkan berlakunya peningkatan indeks kemalangan jalan raya setiap tahun yang menyebabkan berlakunya peratusan kematian rakyat di Malaysia yang berpunca daripada kemalangan jalan raya. Kemalangan yang melibatkan kenderaan jenis motosikal berada di tangga tertinggi yang direkodkan di negara ini. Malaysia juga merupakan salah sebuah negara yang memegang rekod kemalangan jalan raya di dunia. Pada tahun 2014 sahaja iaitu dari bulan Julai hingga Disember, graf peningkatan kemalangan meningkat dari 1619 kepada 1772 kemalangan.








 Antara faktor utama yang menyumbang kepada berlakunya peningkatan kemalangan ini adalah disebabkan oleh gejala lumba haram selain daripada faktor pengguna itu sendiri yang tidak mematuhi peraturan lalu lintas, keadaan jalan raya dan keadaan kenderaan yang kurang baik.



Antara punca utama yang menyebabkan berlakunya kegiatan lumba haram ini ialah kurangkan didikan agama atau kurangnya perhatian daripada ibu bapa. ibu bapa merupakan orang penting dalam membentuk keperibadian anak-anak.Seseorang anak kecil itu ibarat kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkan keperibadian anak itu.Ibu bapa juga merupakan role model kepada anak-anak. Kebanyakan ibu bapa zaman moden ini lebih mementingkan kekayaan dan kerjaya. Mereka terlalu sibuk mencari rezeki sehingga tiada masa untuk diluangkan bersama anak-anak. mereka lalai dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang penjaga. Situasi ini menyebabkan anak-anak lebih cenderung untuk meluangkan masa bersama rakan sebaya.

Di samping itu, pengaruh rakan sebaya juga merupakan punca terpenting yang mendorong berlakunya gejala lumba haram. Rakan sebaya sering kali menjadi tempat luahan perasaan kerana kurangnya perhatian daripada ibu bapa. Hal ini demikian akan menyebabkan mereka mudah mengikut kata rakan sebaya mereka berbanding ibu bapa. Mereka juga sering terikut-ikut perkembangan dalam dunia yang serba canggih ini. Secara tidak langsung, mereka akan mudah terikut dan mula berjinak-jinak dalam aktiviti tidak bermoral seperti lumba haram ini.


Kegiatan lumba haram juga boleh menyebabkan seseorang individu itu melakukan jenayah yang lebih besar seperti penagihan dadah, jenayah ragut, rogol dan sebagainya. Aktiviti ini pada mulanya disertai oleh seseorang hanya untuk menghabiskan masa terluang dan kebosanan, tetapi lama kelamaan ianya akan menjadi satu kebiasaan dan keseronokan. Pergaulan bebas antara dua jantina juga menyumbang kepada berlakunya peningkatan kes pembuangan bayi di Malaysia. Ganjaran seperti wang taruhan pula menyebabkan lahirnya penagih-penagih baru di negara ini.  


Kesimpulannya, kegiatan lumba haram ini lebih cenderong ke arah negatif selain akan meningkatkan bilangan jenayah dan penjenayah di Malaysia. Ibu bapa terutamanya harus mengambil tahu perkembangan anak anda dari masa ke semasa agar tidak berlakunya perkara yang tidak diingini. Jesteru itu, semua pihak haruslah bersama-sama berganding bahu berusaha menangani gejala lumba haram ini sebelum nasi menjadi bubur.






6 ulasan:

  1. kau ingat kau ni hebat sngat ke puki kau lahanat buto ah
    terima kasih semoga sya lulus pt3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Blog ini saya hasilkan untuk menyiapkan tugasan pengantar penulisan. saya masih lagi bertatih untuk menjadi seorang penulis. Disini saya juga ingin memohon maaf jika terdapat kesalahan tatabahasa, penulisan dan sebagainya.


      Yang baik itu datang dari Allah,
      yang buruk itu datang dari saya sendiri

      note: terima kasih kerana sudi membaca blog saya ini. ingin saya highlightkan di sini bahawa saya juga masih dalam pembelajaran. dan ini merupakan salah satu daripada tugasan saya. dan saya membuat kajian terlebih dahulu mengenai permasalahan ini sebelum memuat naik ke dalam blog ini.

      Padam
    2. Engkau kalau perangai mcm ni, tak kemana result kau. Kau tgk je nnti mcm mna. Nak belajar kena beradab, bukan sambalewa nak kutuk maki caci.

      Padam
    3. perangai sudahla buruk kau fikir semua ilmu kau masuk otak ka dengan perangai kau , smua ilmu kau tu sia sia sja .kesian parents yang membsarkan kau dgn perangai buruk .

      Padam